08/08/2012

Cerewet memilih mad'u

Usaha dakwah telah menyasarkan target seawal usia sekolah menengah, para pelajar IPT sehingga kepada golongan pekerja. Hal ini dilihat dari sudut yang positif dapat membantu usaha dakwah antara satu sama lain. 
Hal ini mendorong setiap jemaah untuk berlumba-lumba mencari anak usrah masing-masing sehinggakan ada yang sanggup berebut anak usrah. Masing-masing nak cari yang mantap, banyak ilmu, hebat dalam berkata-kata, pandai berhujah menggunakan ayat
al-quran dan sebagainya untuk dijadikan sebagai anak usrah mereka. Sampaikan ada sesetengah jemaah yang mengambil jalan dengan melakukan sesi temubual ataupun interview untuk mencari mad'u bagi jemaah mereka. Ada pula yang mengambil alternatif lain dengan menyediakan borang untuk diisi dan hanya yang bagus dan cenderung kepada sesuatu jemaah sahaja diambil untuk ditarbiyah dan dijadikan ahli usrah.
Senario yang berlaku di kebanyakan sekolah menengah dan IPT....

"Assalamualaikum...ana dapat info dari sahabat ana yang dia dan kawan2 jemaah *dotdot* bercadang nak buat usrah untuk adik2 di sekolah *dotdot*, illegally. Jadi, ada baiknya kalau kita cepat sikit dari mereka. Ana bukan apa, takut2 kita terlalu ikut prosedur sampai terlepas peluang....."(Someone dari jemaah *bukan dotdot*)

"Eh! Dia ni perangai macam bukan manusia. Perangai sama je macam makhluk yang tinggal dekat zoo tu. Kalau macam ni la orangnya, nampak gayanya memang perangai tak boleh nak ubah...ana yakin 100%, memang xboleh ubah!" 

Bukankah tarbiyah boleh dilakukan pada bila-bila masa dan untuk sesiapa sahaja???? Janganlah kita terlalu memilih sampaikan nak berebut mad'u dengan orang lain. Macam ni sikap orang yang ber'title'kan naqib? Naqib yang terlalu memilih mad'u. Nampak sangat mereka ni terlalu terdesak. 

Rasulullah tidak pernah memilih dalam berdakwah. Sedangkan Rasulullah sendiri berdakwah kepada orang Yahudi. Baginda menyampaikan dakwah Islam kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum, latar belakang, dan menasihati umatnya supaya berbuat perkara yang sama.
Kita nak tarbiyah ni bukan untuk orang yang terpelajar sahaja, tapi termasuk yang buta huruf, yang berjudi, yang tak pernah sembahyang, pencuri, semuanya kena ditarbiyah. Jangan nak tarbiyah yang baik-baik saja. Yang tak baik kita tinggalkan. Ini bukan ajaran nabi kita. Rasulullah mentarbiyah semua golongan dan mengajar sahabat-sahabat melakukan perkara yang sama. 

Konklusinya, jangan pilih bulu untuk sebarkan dakwah Islamiyah dan jangan terlalu cerewet memilih mad'u....

No comments:

Post a Comment