08/08/2012

Amanah.Tarbiyah.Dakwah


Amanah bagiku adalah pendidikan. 
Tarbiyah dalam kehidupan, 
Tarbiyah dalam kedewasaan. 

Amanah tak perlu disertai dengan keluhan 
Kerana ia tak dapat mengubah apapun. 

Amanah hanya perlu dilaksanakan dengan bijak dan adil.. 
Agar sejahtera pada diri dan umat..

Maka, dakwah sebahagian dari amanah, 
Kerana dakwah adalah tarbiyah!!



Allah mengisahkan dalam al-Quran tentang gunung yang hancur apabila diberikan amanah. Tetapi manusia?? Ramai yang hanya mengambil amanah sebagai suatu yang sambil lewa dan tidak penting. 

Amanah yang dipikul bukanlah satu kemegahan atau kemuliaan. Mengerjakan amal Islami merupakan tanggungjawab dan seberat-berat
amanah kerana ianya merupakan tanggungjawab yang paling penting dan sangat besar dimana, manusia dicipta kerananya. Iaitu agama yang diredhai oleh Allah untuk hambaNya yang akan disusuli ke atasnya natijah yang penting dan besar sama ada di dunia mahupun di akhirat. Islam itu agama yang syumul yakni menyeluruh. Amanah dalam mengerjakan kerja dakwah sangat besar dan berat kerana luasnya medan kerja yang terus bertambah sehingga hampir merangkumi seluruh keluasan dunia.

Allah sebagai matlamat, agama Allah di muka bumi adalah tujuannya. Jihad adalah amanah. Berjihad dalam jemaah begitu berat dan besar kerana banyaknya permasalahan dunia Islam yang mendesak dan saling berkaitan serta setiap permasalahan memerlukan kepada usaha dan jihad, sumbangan dan pengorbanan. 

Seorang daie hendaklah menjadi pengawal yang amanah kepada tujuan dan matlamat yang dipegang. Yang mana telah didirikan jemaah kerananya. Tidak ada jalan selain dari jalan Islam. Jalan ini dicetuskan dari perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Kita insan bertuah yang dipilih Allah untuk berada di jalan ini untuk menyebarkan ajaran Allah. Mahu tidak mahu, amanah yang ditaklifkan oleh Allah haruslah dipikul dan dilaksanakan dengan sehabis baik. Tarbiyahkan diri dengan sifat amanah.


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
[Al-Anfal:27]

No comments:

Post a Comment