19/12/2012

Fenomena........

"Tulisan ini tidak perlu dibaca oleh orang yang menganggap berjemaah dan persoalan menganggotai jemaah adalah perkara furu' yang tidak perlu dibincangkan. Carilah kebenaran, jangan terlalu fanatik dan taksub dengan diri sendiri."

Senario di Malaysia kini menyaksikan pertumbuhan pelbagai jemaah Islam yang ingin menyebarkan dakwah dan melaksanakan usaha tarbiyah. Objektifnya sama, namun masing-masing mempunyai sarana dan pendekatan yang berlainan. PAS, ISMA, IKRAM, ABIM, Hizbut Tahrir, Salafi, JIM, tabligh dan pelbagai lagi jemaah yang dijaharkan dalam pelbagai pertubuhan yang berdaftar.


Gerakan-gerakan Islam ini semuanya mempunyai asal usul dan asas pemikiran yang sama iaitu berdasarkan dasar dan idea yang dibawa oleh Imam Hassan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin. Persoalannya, kenapa titik persamaan ini tidak dapat membawa mereka, semua jemaah islamiyah ini supaya bersatu padu menyusun gerakan di bawah satu perjuangan yang mantap? Kenapa mereka semua tak dapat bersatu dan berlapang dada pada perselisihan pendapat antara mereka?

Syeikh Rasyid Ridha memperkenalkan prinsip:
'bekerjasama dalam perkara yang kita sepakati dan berlapang dada dalam perkara yang kita perselisihkan'.

Kan bagus kalau semua presiden jemaah Islam yang ada kat Malaysia ni duduk satu meja bermusyawarah tentang satu matlamat menegakkan syiar Islam dan bersatu dalam satu harakah Islamiyah. Jika setiap jemaah bersikap lapang dada, terbuka dan bersedia berkongsi idea, mengembleng tenaga, dan bekerjasama dalam hal-hal yang boleh diwujudkan usaha sama, masakan wujud perpecahan dalam kalangan gerakan-gerakan islam ini.


Perbezaan pendapat dalam kalangan kita adalah perkara yang biasa. Setiap individu mempunyai cara fikir dan keperibadian tersendiri. Tahap kefahaman dan kemampuan seseorang individu menganalisa sesuatu perkara adalah berbeza antara satu sama lain. Sejak zaman Rasulullah dan para sahabat lagi perbezaan pendapat sentiasa berlaku. Apabila kerjasama tidak dapat dijalinkan, maka natijahnya ialah antonim kepada kesatuan, yakni PERPECAHAN.

Justeru wahai para daie, lakukanlah anjakan paradigma. Berlapang dadalah dengan perbezaan yang ada selama boleh ditoleransi. Janganlah merendah-rendahkan kelompok dakwah yang lain andai tujuannya hanyalah untuk memburuk-burukkan dan bukan untuk memperbaiki.

 "Dan tolong-menolonglah kalian dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan janganlah kalian tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan."
(surah al-Maidah; 5:2)

No comments:

Post a Comment